My photo
Kota Marudu, Sabah, Malaysia

Sunday, January 18, 2009

Peranan Seorang Ketua Jurulatih Merentas Desa

Sebagai kakitangan kerajaan yang diberi gaji setiap bulan guru yang bertindak sebagai ketua jurulatih bagi sesuatu sukan khsusnya merentas desa perlu memainkan peranan yang sangat penting. Ketua jurulatih yang berwibawa bukan sahaja memimpin dan melatih murid-murid malah harus mampu berinteraksi dengan rakan-rakan guru dalam latihan merentas desa. ketua jurulatih hendaklah menyusun strategi latihan dan format latihan supaya bersesuaian dengan kesediaan atlit.

Pada tahun ini saya sekali lagi diberi mandat untuk menjadi ketua jurulatih merentas desa SMK Kota Marudu berdasarkan pengalaman dan penglibatan saya dalam sukan ini selama 4 tahun (2005-2008). Sepanjang tempoh menjadi ketua jurulatih saya telah berjaya melahirkan lebih 10 atlit hingga ke peringkat kebangsaan.

Antlit-atlit merentas desa SMK Kota Marudu yang pernah menjadi anak didik saya ialah

1. Jaiti Gagau
2. Paidis Akak
3. Molitin Timoi
4. Sujiana Lintana
5. Hantzebra james
6. Cecilia Sarawi
7. Jealiwise Kamawin
8. Azman Peter
9. Boby Kambidau
10. Meclania Sudakup
11. Welfredo Onggitom
12. Cenlepah Majurin.

Pada tahun ini saya mensasarkan 8 atlit akan ke peringkat kebangsaan.

No comments:

Post a Comment